Sunday, November 29, 2015

[ 3 Gambar ] Yus Jambu Telah Meninggal Dunia

Assalamualaikum..hari ini kita dikejutkan bahawa seorang pelawak terkenal kumpulan Jambu iaitu Pak yus telah kembali ke rahmatullah.

Kenyataan ini telah tersebar di laman sosial facebook oleh rakan artis beliau iaitu Afdlin Shauki dan rakan pelawak yang lain.

Diberitahu sebelum beliau mehembuskan nafas yang terakhir beliau mengalami sesak nafas dan serangan jantung.

Beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal di hospital.

Pemergian beliau amat mengejutkan dabn menyedihkan ramai pihak...al fatihah

Friday, October 16, 2015

(7 Gambar ) Impian Sultan Johor Jadi Kenyataan


6856904-3x2-940x627


Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskadar untuk memilik trak Mack paling mahal di dunia akhirnya tercapai apabila trak itu diserahkan kepada baginda di satu majlis penyerahan yang diadakan di Brisbane hari ini.

Trak tersebut dilaporkan mengambil masa setahun oleh pengeluar trak terbabit.

Antara keistimewaan trak itu adalah dilengkapi dengan 6 CCTV, dua set televisyen, ruang dapur, barbeku, katil serta kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas.

Lebih menarik, bahagian depan trak tersebut dihias dengan lambang harimau yang sedang mengaum diperbuat daripada emas.







  





 "Ini impian beta, adakah beta tersenyum?", kata baginda ketika mengulas tentang trak tersebut.

Harga sebenar trak itu dirahsiakan tetapi menurut rekod, trak itu semestinya lebih mahal dari trak sebelumnya yang berharga A$481,000 (RM1.5juta)

"Beta sentiasa menghargai kemahiran kebolehan jurutera Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun sebelum ini", kata baginda.

"Beta berharap dapat mempamerkan hasil kerja ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja ia dibawa ke Malaysia", kata baginda lagi.

Trak tersebut dijangka tiba di Malaysia hujung bulan ini dan pemanduan pertamanya akan dilakukan bagi tujuan amal.

Trak tersebut dapat menghasilan 685hp kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimun 100km/h

 



Langgar Pengawal Pintu, Pemandu Teksi Diarah ke Tanjung Rambutan






Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan agar pemandu teksi yang melanggar seorang penjaga pintu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak bagi pemeriksaan mental.

Hakim, Azman Mustapha memerintahkan pemandu teksi tersebut, S Ganesan, 44, menjalani ujian mental selepas membenarkan permohonan peguam bela, Noor Mousa Azaddin hari ini.

Ganesan mengaku tidak bersalah di atas tuduhan melakukan cubaan bunuh pengaja pintu terbabit, Mohd Azahari Yusoff dengan menggunakan teksi.

Azahari cedera di lengan kanan dalam kejadian.

Pemandu teksi terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Pintu Utama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada jam 8.45 pagi, Isnin lalu.

Ganesan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan

Tuesday, October 6, 2015

 Ammar Alfian Mengaku Buat Tatu Selepas Kecewa Putus Cinta

 Ammar Alfian Mengaku Buat Tatu Selepas Kecewa Putus Cinta 



Setiap orang pasti ada kisah silam tersendiri, sama ada baik atau buruk kadang kadang ianya akan kembali menghantui kita yang mahu melupakannya. Cewah. Tidak terkecuali pelakon lelaki yang terkenal dengan imej bad boy, Ammar Alfian yang kembali menjadi bualan ramai.
Sejak akhir akhir ini, Ammar Alfian dilihat banyak memuat naik gambar dirinya di Instagram yang menampakkan tatu di bahagian bahu beliau dan ini menimbulkan persoalan di kalangan peminat sama ada tatu itu bersifat sementara atau kekal.


Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Ammar Alfian mengakui beliau tidak berniat untuk mencari publisi murahan dengan menayangkan diri tanpa berbaju di Instagram kerana ramai juga selebriti yang melakukan perkara sebegitu selama ini.
“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu. Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain,” jelasnya.
Ammar Alfian juga menambah yang beliau ada rancangan untuk membuang tatu berkenaan namun belum berkesempatan selain kesan buruk epada kulitnya beliau menangguhkan dahulu hasrat tersebut selain berharap dapat melakukannya di luar negara.



 “Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini,” tambahnya.